Akaun msm3bandarpasirmas.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

KEMPEN INFAQ 360 MSMIIIBPM

KEMPEN INFAQ 360 MSMIIIBPM


KEMPEN INFAQ 360 MSMIIIBPM




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tuan/Puan yang dirahmati Allah sekalian, 


Tahun 2020 adalah tahun yang paling mencabar bagi pihak Pengurusan Masjid Sultan Muhammad III, Bandar Pasir Mas untuk melaksanakan gerak kerja mengimarahkan rumah Allah ini.


Kesannya sehingga menjangkau ke saat ini tahun 2021, Masjid kita terus menghadapi kekangan dari sudut kewangan akibat daripada penularan wabak COVID 19. Pengehadan bilangan jemaah untuk hadir ke Masjid sepanjang  tempoh PKP pula menyebabkan kemerosotan pungutan derma daripada para Jemaah. Sedangkan masjid kita selama ini banyak bergantung kepada sumbangan, infaq, derma dan sedeqah daripada tuan/puan para jemaah sekelian.


Pihak Pengurusan MSMIIIBPM menjemput tuan-puan untuk bersama menyertai KEMPEN INFAQ 360 MSMIIIBPM ini. Adakah anda, INSAN TERPILIH menjadi salah seorang dari 360 orang yang sudi melaburkan menginfaq RM100 sebulan selama 12 bulan ? 


SEDEKAH HADIAH TERBAIK UNTUK IBU AYAH TERCINTA.


KEMPEN INFAQ 360 MSMIIIBPM ini adalah diantara usaha pihak pengurusan masjid untuk mendapatkan RM36,000 setiap bulan bagi menampung KOS PERBELANJAAN TETAP PENGOPERASIAN Masjid Sultan Muhammad III, Bandar Pasir Mas


 

360 Orang Pewakaf x RM100 = RM36,000 Setiap Bulan 



1. Pengoperasian Masjid

Membiayai kos operasi MSMIIIBPS yang merangkumi perbelanjaan bil-bil utiliti, gaji kakitangan dan kos pengurusan pejabat demi memastikan masjid kita di imarahkan sepanjang tahun walaupun dalam PKP ini.


2. Kebajikan Anak Mukim

Melaksanakan tanggungjawab sosial dengan menjaga kebajikan golangan asnaf dan golongan warga emas anak mukim MSMIIIBPS.


Keperluan Pengoperasian MSMIIIBPS Setiap Bulan


1. Gaji Kakitangan

a. Imam Rawatib (3 Orang) RM3,000

b. Pekerja AM (5 Orang) RM6,000

c. Pembantu Bilal RM700

d. Pembantu Siak RM700

e. Pegawal Keselamtan (2 Orang) - RM1,800

f. Penyiasat Sukarelawan Asnaf (5 Orang) - RM2,000


2. Bil-bil Utiliti (Elektrik, Air, Telefon dan Internet) - RM5,000


3. Kos Pengurusan Pejabat - 2,000


4. Kebajikan Golongan Asnaf seramai 150 Keluarga x RM100 - RM15,000


Jumlah Keseluruhan setiap bulan = RM36,200


Kaedah Pelaksanaan Kempen ini;


SECARA ONLINE

1. Pemotongan Bulanan daripada akaun Bank tuan-puan

- Boleh di buat "Standing Order" atau "Auto Debit" di bank atau Internet Banking anda sebanyak RM100 sebulan selama 12 bulan berturut-turut ke akaun masjid.


SECARA OFFLINE

2. Kempen Tabung Masjid di Rumah

- Setiap Peserta akan di daftarkan

- Tabung Masjid di sediakan oleh pihak pengurusan Masjid.

- Peserta kena hantar Tabung ini setiap akhir bulan.



Oleh itu, kami menyeru dan merayu tuan/puan semua, Marilah kita sama² mengimarahkan Rumah Allah ini melalui Sumbangan, Infaq, Derma dan Sedeqah bagi melancarkan semua  kerja² imarah yg amat sangat memerlukan dana.



Pertaanyaan dan kemusykilan utk melakukan Online, SILA  HUBUNGI


http://www.wasap.my/60108360101/KempenInfaq360



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (Ingatlah), Allah melibatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas(rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya” (Surah al-Baqarah, ayat 261)


Sekian, Jazakallah Khairan...


MUHAMMAD HAFIZI BIN RAMLI

Pengawai Hal Ehwal Islam / Imam Tua

Masjid Sultan Muhammad III, Bandar Pasir Mas





Pertanyaan Live Chat