Sumbangan Menaik taraf Sistem Pembesar Suara, Masjid Sultan Muhammad III, Bandar Pasir Mas

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENAMPUNG KOS PENYENGGARAAN DAN MENAIK TARAF SISTEM PEMBESAR SUARA MASJID SULTAN MUHAMMAD III, PASIR MAS - FASA 1
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman pihak Tuan² dan Puan² yang dermawan, Masjid Sultan Muhammad III, Bandar Pasir Mas memerlukan sumbangan untuk menampung kos menaik taraf sistem pembesar suara yang merangkumi keseluruhan bahagian termasuk dalaman dan luaran masjid.
3. Pihak kami sebelum ini telahpun menjemput juruteknik yang mahir dalam bidang "Sound System" untuk membuat pemerhatian dan penilaian, hasilnya pihak juruteknik tersebut telah memaklumkan anggaran kos untuk FASA 1 sebanyak RM20,000.00 diperlukan bagi menyelesaikan beberapa permasalahan sekaligus menaik taraf sistem pembesar suara masjid ini.
4. Sehubungan dengan itu, saya mewakili pihak pengurusan Masjid Sultan Muhammad III, Bandar Pasir Mas dengan rendah diri ingin memohon sumbangan dengan pihak Tuan² dan Puan² dermawan yang bermurah hati untuk menampung kos penyenggaraan dan menaik taraf sistem pembesar suara ini.
5. Hal ini amat penting bagi kami kerana sistem pembesar suara merupakan salah satu elemen utama dalam memastikan keberkesanan penyampaian kepada para jemaah termasuklah ketika azan, mengimami solat, penyampaikan khutbah, kuliah dan lain-lain yang sangat berkait rapat dengan penggunaan sistem pembesar suara.
6. Besarlah harapan kami agar para dermawan yang bermurah hati dapat memberi sumbangan untuk merealisasikan hasrat ini sekaligus sistem pembesar suara ini dapat dinaik taraf bersesuaian dengan kedudukan masjid ini sebagai masjid jajahan Pasir Mas. Kami mendoakan agar Tuan² dan Puan² para dermawan yang bermurah hati menghulurkan sumbangan sentiasa dikurniakan kesihatan, ke'afiatan dan kekuatan serta keluasan rezeki untuk terus memberi khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara. Semoga dengan keprihatinan dan kerjasama daripada semua pihak akan diganjari pahala yang berlipat kali ganda disisi Allah S.W.T.
Sekian. Jazakallah Khaira....
MUHAMMAD HAFIZI BIN RAMLI,
Pegawai Hal Ehwal Islam / Imam Tua,
Masjid Sultan Muhammad III, Pasir Mas.